Thursday, March 5, 2009

Apa salahnya kita jadi STRIKER ???

Bila lagi kita akan jadi STRIKER ???
Atau selama-lamanya kita ingin menjadi DEFENDER ???
Seperti yang kita selalu dengar “orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin”….


Fenomena yang sering berlaku di kalangan orang biasa macam kita. Perasaan tak puas hati mesti ada bila dengar ayat di atas. Sekarang ni harga barang keperluan naik tinggi berbanding dengan kemampuan kita. Ini yang selalu saya katakan setiap kali saya buat presentation “Keperluan kita membatasi kemampuan kita”. Di saat jumlah harga barang-barang dan perbelanjaan meningkat lebih dari 50% dari pendapatan kita, adakah income kita sekarang semakin bertambah dengan kadar nilai yang sama ? Tapi, lagi satu fenomena yang bukan sahaja baru, tapi semenjak dulu lagi perkara ini berlaku di kalangan kita. Sudah menjadi tabiat agaknya iaitu “KOMPLEN”. Harga barang naik kita komplen, beras naik kita komplen, gula naik kita komplen, gaji ciput kita komplen, pendek kata semua bendalah kita nak kompleeeeeennnn jer !!! Saya dah bosan dengan hidup komplen macam ni. Jadi, saya buat sesuatu untuk mengubah nasib keluarga saya.

Ambil tindakan sebelum kita terpaksa bertindak…Buat keputusan sebelum kita terpaksa buat keputusan…Cari peluang sebelum kita terpaksa mencari peluang…

Pengalaman saya, selalu saya terfikir apa aset yang saya ada ? Hehehe… Ada yang kata aset mereka adalah kereta, rumah, motor, barang kemas, dan macam-macam lagilah. Tapi pada saya itu semua masih lagi liabiliti kerana ia bukannya memberi pulangan kepada kita. Selagi rumah dan kereta kita berhutang dengan bank, so itu bukannya aset kita…Dah habis bayar pun masih lagi liabiliti kerana masih lagi perlukan maintain rumah dan kereta….Nak isi minyak pun guna $$$ kan…So masih lagi liabiliti….

Maksud saya kita selalu jadi Defender, kerana aset yang kita ada hanyalah GAJI. Gali lubang, tutup lubang, dapat gaji bayar hutang. Begitulah bulan yang seterusnya, masih lagi buat perkara yang sama. Masih takut untuk buat satu perubahan dalam hidup. Sifoo saya pernah kata macam ni, orang dulu dulu selalu kata, “Belajar rajin rajin, habis belajar cari kerja yang bagus bagus.” Hehehe…Tapi erti kata lain selain daripada perkataan “makan gaji” adalah menjadi “KULI yang ada kelulusan tinggi” Wakakakaka….

Duit gaji kita tu duit kita ker ??? Cuba renungkan. Duit gaji kita masuk dalam akaun bank. Kita keluarkan duit tu, pastu bayar hutang itu dan ini ke akaun bank yang lain jugak akhirnya. Yang selebihnya habis dekat stesen minyak, habis kat supermarket, habis kat towkey kedai-kedai yang lain. Jadi mana duit kita ? Semua tu duit keluar….Mana duit yang masuknya ??? Gaji dapat sebulan sekali, duit keluar berkali kali. Now, ubahlah dengan cara yang lebih baik…”Biar keluar MODAL SEKALI tapi untung BERKALI KALI”

Orang yang berfikiran positif sentiasa mencari peluang untuk satu perubahan yang positif. Semenjak saya bersama dengan orang yang dah berjaya dalam perniagaan yang saya ceburi ni, pemikiran mereka cukup berbeza. Mereka yang dahulunya menjadi defender, kini menjadi striker !!! Mereka gunakan peluang yang ada dan mereka usahakan sampai berjaya. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat belajar semua tu daripada mereka bagaimana untuk berjaya.

“Bagaimana kita nak kaya sedangkan pemikiran kita masih lagi miskin, kata-kata kita masih miskin, personaliti kita masih lagi miskin, perbuatan yang kita lakukan masih lagi perbuatan yang miskin, tindakan kita masih lagi miskin.”

Saya dapat buat satu perkara yang kebiasaan orang tak suka buat. Namun saya dapat result yang paling saya suka. “Lombong emas di hadapan, kalau tak nak tak apa, biar saya yang habiskan semua"…Tapi apa salahnya kalau kita “Share the cake” .

Syukur Alhamdulillah pada Mu Ya ALLAH.

HUBUNGI SAYA
+6012-9404100 - Mahathir

maleen747@yahoo.com

1 comment:

  1. menjadi striker juga harus punya strategi tertentu dalam mencapai 'goal' yang diimpikan. akan tetapi harus diingat bahawa tanpa strategi yang jitu maka semuanya bakal mengundang risiko yang tidak menentu.. ianya bergantung hanya pada satu - TEAMWORK

    aku percaya yang ko telah berjaya mencipta TEAM yang berkemampuan menghasilkan 'goal' yang mantap..

    teruskan usaha anda..

    ReplyDelete